.:Pencerita-Pencereka:.

Saturday, December 4, 2010

-Inside 2010-

2011 is just 25 days away. Remember, Life is short, break the rules, forgive
and forget quickly, love truly, laugh uncontrollably, and never
regret anything that made u smile.. :)

p/s: tapi ada orang itu sudah tak mahu berkawan dengan saya lagi.ermm.. tak tahulah mana silapnya.,forsure..people change. redha jelaa~ :(

Thursday, November 11, 2010

-Tahukah Anda?-

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya
kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

1)Jangan makan SUSU bersama DAGING..

2)Jangan makan DAGING bersama IKAN..

3)Jangan makan IKAN bersama SUSU..

4)Jangan makan AYAM bersama SUSU..

5)Jangan makan IKAN bersama TELUR..

6)Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD..

7)Jangan makan SUSU bersama CUKA..

8)Jangan makan BUAH bersama SUSU.. contoh:koktel



9)Jangan makan buah selepas makan nasi tatapi makanlah buah dahulu SEBELUM makan nasi..

10)Tidurlah 1 jam selepas makan tengah hari..

11)Janganlah sesekali tinggalkan makan malam. Jika tinggalkannya, kita akan mudah dimakan usia & kolestrol dalam badan akan meningkat.(Kesannya tidak dapat dilihat segera tetapi setelah kita sudah dilanjut usia)

Rasulullah juga mengamalkan minum segelas air kosong setiap pagi.
Insya Allah akan susah dapat penyakit. =)

Thursday, September 30, 2010

-Mereka Datang-

salam 1,2,3 malaysiaa..

hari ini hari khamis.,esok pula hari jumaat..saban hari membawa nama yang berbeza dan hari-hari itu juga membawa kepada kemuncak hari yang paling istimewa iaitu hari ahad.hari ahad.hari yang paling gembira buat semua.kerana hari itu hari cuti.hari untuk keluar jalan2.ada sedikit kebebasan.dan hari itu aq bole simpulkan sebagai hari yang indah untuk semua. tapi,kan bagus kalo aq boleh contohi peranan hari demi hari itu dalam kehidupan.iaitu start pada hari isnin,ramai yang mula stress,benci kerja banyak,kls la,asaimen lah dan sehingga hari sabtu,dan hari ahad pula muncul sebagai hari paling indah.begitu juga dalam kehidupan.mula-mula semestinya kita akan merasa stress,banyak kerja,susah sini,susah sana.tapi semua itu pasti akan berakhir dengan gembira dan selesa.



Mereka datang.sape mereka.?pesta konvo ke-38 kah?? oh tidak! bukan itu yg ku maksudkan. tapi mereka adalah kerja-kerja asaimen,projek,dan final exam! mereka-mereka ini memang pada lahiriahnya sangat2 membebankan.stress juga bila dipikir-pikirkan selalu.tp nak wat macam mana kan3..nama pon student,kenalah lalui semua ini. tp hakikatnya aq masih tidak berubah.berubah seperti hari isnin menjadi hari selasa dan selasa ke rabu dan seterusnya untuk bergelar hari ahad! perasaan malas dan berbagai-bagai masalah sering menimpa baru-baru ini.si dia pon menjadi semakin complicated.sukar untuk dimengerti dan memahami situasi sana dan sini.tapi biarlah.biarlah ia menjadi satu asam ragam untuk aq menjadi semakin matang.

Mengharap.dan terus mengharap semuga semua kerja dan masalah dipermudahkan oleh-Nya dan InsyaAllah aq akan cuba yg terbaik dalam final exam demi menghabiskan sisa-sisa kehidupan sebagai seorang student di UKM yg terchenta ini.All the best juga pada rakan2 di luar sana!

p/s:sebenarnya byk benda yg nk dicerita,tetapi pabila tiada orang yg mahu mendengar,biarlah mereka membaca..

Thursday, August 12, 2010

-marte-

Di saat entri ini ditulis..
jam telah menunjukkan pukul 0500 am..
hoho..penyakit susah tido telah kembaliii bertandang..
esok dan luse dan hari2 seterusnya kena buat lebih byk ag aktiviti di siang hari..
supaya mlm ku penat..dan boleh tido! ahahaha

mungkin inilah terjadi pabila pesta konvo dah berlalu..
teda aktiviti pd siang dan mlm hari..
jd mata x leh tido..dasat bukannn?? huu~

Oh pesta! sy rindu sama kamoo~


Wednesday, August 4, 2010

-Siapa kita?-

rasa seperti sudah bersedia dengan alam pekerjaan..
huuu..x sabar rasenya nk bekerja n mengalih tempat ayah mencari rezki.
nk kunsi cerita,saya berniaga di tapak ekspo pesta konvo,
meniaga buah-buahan potong,laksa,mee bandung n etc..
memang penat dan memang susah untuk tarik pelanggan beli produk kita.
tapi pabila dapat hasilnya,fuuuh! semua peluh boleh kering woo~

dan saya juga yakin setiap pekerjaan bukan lah senang.
tapi itu lah hakikatnya..belaja di sini pun ada sstengah org yg pasang niat kerana nk dpt kerja.
kerja yg menjamin institusi kewangan mereka pd masa depan.
yah! itu salah sebenarnya..sebenarnya ilmu itu penting..
belajar sebenarnya mahukan ilmu..pabila ada ilmu..org itu senanye ade rezki suda.
dan adanya ilmu,campak lah ke mana pun die akan mampu mencari rezki.
haaaa..skang rasenye penyakit insomnia sy semakin berkurangan.
dapat je tdo mlm dengan lena kerana siang hari wat aktiviti yg penat.
itu sbb lah sy suka buat kerja itu ini..sukan ke,tlg2 kt tapak pesta..
haaa..supaya sy dpt tido mlm dengan aman..fuh! mmg syiok! huuu~
dan itu la yg sy harapkan pabila ke alam pekerjaan nanti..
coz.. in life, we must learn,walk,work,think,care n share to success! :)

Saturday, July 31, 2010

-aq seorang yg rajen-

malas btol ari ini.
nk buat itu ini..
especially nk studi...
kunun nye nk dapat dekan sem ini....
tapi itu hanya kata hati....
usahanya belum dijalankan lagi...
asih..apa nak jadii..
kalo pointer tak tinggi..
x boleh la kawen ngn si permaisuri..
x boleh juga nak cepat2 jadi raja sehari...
hua3..wiwiwii..
so tggu apa lagi...jom kita stadi..!
peace!

Friday, July 16, 2010

-To You-

Mungkin salahku melewatkanmu

Tak mencarimu sepenuh hati

Maafkan aku.... :(



p/s : agak bizi sekarang neh..dia paham keadaan di sini,dan harap semuanya okeh!
itu yg membezakan dia dgn org laen..tengkiu kamu~ :)

Thursday, March 11, 2010

-Fovia zela-

Di bawah ini adalah jenis-jenis fobia yang berlaku:

Acarophobia = takut gatal
Agoraphobia = takut kepada tempat yang terlalu lapang
Aichmophobia = takut objek tajam
Anglophobia = takut England atau orang Inggeris
Anuptaphobia = takut bersendirian
Automysophobia = takut badan kotor
Cancerphobia = takut cancer
Chrematophobia = takut duit
Cyberphobia = takut computer
Ecophobia = takut rumah
Eleutherophobia = takut bebas
Ergasiophobia = takut kerja
Gamophobia = takut kahwin
Gerascphobia = takut tua
Hydrophobia = takut air
Iatrophobia = takut berjumpa doctor
Necrophobia = takut mayat
Negrophobia = takut hitam
Novercaphobia = takut ibu tiri
Ombrophobia = takut hujan
Pentheraphobia = takut mak mentua
Phagophobia = takut makan
Satanophobia = takut hantu
Scopophobia = takut diperhatikan
Spectrophobia = takut melihat cermin
Thanatophobia = takut mati
Toxiphobia = takut racun atau diracun

***************************************

Laman web yang berkaitan:
http://phobiadictionary.blogspot.com/
http://www.freakingnews.com/Phobias-Pictures--1117.asp

cakap2 : pentheraphobia tu cm nama moto kesygan ku jek..motoku=penther=takut mak mertua??

cakap2 lg : semua org patut ada thanatophobia supaya menambahkan lg amal ibadat yep.. ^_^

Tuesday, March 2, 2010

Epic Kehidupan

-Salam Mesra Alam-

marilah kita berfikir sejenak~~









*klik pic utk tumbesaran*


Adakah anda masih merungut untuk mendapatkan itu ini?

Maka lihatlah di sekeliling anda dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada dalam hidup yang smentara ini kerna kita masih bernasib baik mendapat makan,munum,pakaian dan perlindungan dari hujan dan panas ketika ini.Dan janganlah kita lupa bahwa ada lagi orang lain yang masih bernyawa tetapi sedang meniti hari-harinya untuk menunggu mati.Sama-sama lah kita ucap syukur Alhamdullillah kepada Yang Esa..

Friday, January 29, 2010

.:Berita Mingguan:.


Salam Mesra Alampeluk


Seperti biasa.hari ini hari rabu.

hari yang kurang kebiziannya berbanding dengan hari2 yang lain.

tapi pagi tadi abes sudah 1 paper mid term.

lantas menekan keyboard untuk mengepost entry ini.

matahari pon seakan-akan gembira jika exam dah abes.tumbuh-tumbuhan juga begitu.

sinaran matahari yang memancar terik ke daun-daunan pokok memberikan mereka santapan breakfast yang cukup.

Minggu ni bizi ngn sukem jek.penatnye macam makan kefsi sorang2 satu bucket.

mata masih mengantuk tetapi masih malas mahu tido.

nak tengok muvie dulu yang telah lama terpendam.

komik ujang dan komik2 lain masih berkeadaan selamat dalam bungkusan plastik.

bila da abes exam.terasa busan la pulak tak tahu nak wat ape.

sehinggakan t'kemas bilik sebentar tadi.

see…seee…..kadang2 buhsan yang melampau dapat mendisiplinkan diri.ehehe..

papepon,dijangka bosan ini akan berakhir sehingga malam nanti.

lepas malam nanti boleh lah g enjoy..

mahu lepak kt kedai makan berbual2 sampai pagi.



---------- HepI Chinese New Year ----------


Ckp2 :berjaya juga update blog ni..adess~

Ckp2 lg :esok nak g mid..beli barang untuk raya..ngeh3

Potpetpotpet: ok…selamat bercuti untuk warga UKM..nasihat--> jangan main mercunn..!!


Tuesday, January 12, 2010

The Gunners


Salam Mesra Alam..
peluk

Kali ini saya ingin menceritakan minat saya yang semakin mendalam dalam sukan bola sepak.Dan semestinya setiap orang yang minat sukan akan menyokong at least 1@2 kelab di liga-liga antarabangsa.Ada yang minat Manchester,Chealsea,Liverpool Barcalona tetapi bagi saya,Arsenal adalah kelab yang paling terbaik sejak dari dulu lagi.Jom la kita kita ambil tahu sedikit sebanyak tentang kelab Arsenal ini untuk pengetahuan bersama~


Sejarah Penubuhan Arsenal FC

Arsenal ditubuhkan di daerah Woolwich, bahagian tenggara kota London pada 1886 dengan nama Dial Square, dan ia berganti nama tidak lama selepas itu menjadi Royal Arsenal. Tahun 1891 nama mereka diganti lagi menjadi Woolwich Arsenal. Pada tahun 1913, kelab ini berpindah ke wilayah utara, tempatnya di daerah Highbury dan membangunlah Stadium Highbury, yang menjadi markas baru mereka. Saat pindah lokasi itulah, nama depan kelab mereka, iaitu Woolwich dihapuskan sehingga hanya tinggal nama Arsenal sahaja. dan kini,Arsenal Football Club dikenali juga sebagai Arsenal atau The Gunners.

Selain itu kerana lokasi stadium Arsenal dekat dengan markas Tottenham Hotspurs, maka tak hairanlah jika pertandingan Arsenal vs Tottenham Hotspur disebut "North London derby" dan merupakan salah satu derby terpanas di London.

Kejayaan Arsenal di Liga Perdana English diawali oleh pelatih Herbert Chapman yang melatih pada tahun 1925-35 dan berhasil menjuarai beberapa perlawanan domestik Inggris (Piala FA, pendahulu Liga Utama, dan Charity Shield) sekaligus mendominasinya dan menjadikan Arsenal sebagai kekuatan paling dominan di Inggris saat itu. Pada tahun 1940an-1960an, Arsenal hanya dapat menambah sedikit koleksi kejayaan.Namun,pada awal 1970an, Arsenal menunjukkanl prestasi terbaiknya di Eropah dengan pertama kali yang memenangi pada musim 1969-70, Fairs Cup (piala yg awal dari Piala UEFA). Arsenal menjadi juara untuk pertama kalinya dan sekaligus terakhir bagi Fairs Cup (Fairs Cup diganti Piala UEFA sejak musim 1971-72) setelah berhasil mengalahkan kelab R.S.C Anderlect dengan agregat 4-3 (dengan sistem home and away). Saat itu, kelab ini dilatih oleh Berte Mee. Sepanjang tahun 1980an, Arsenal berhasil menambah koleksi Arsenal dengan beberapa gelaran, tapi tidak dapat gelaran dari pertandingan Eropah.

Arsenal Di Era 1990- Sekarang

Pada tahun 1991, Arsenal menjadi juara bersama dengan Tottenham di Community Shield setelah kedudukan seri 0-0 (saat itu, jika kedudukan seri maka kedua-dua kelab dianggap juara) . Namun pada musim 1993-94,Arsenal akhirnya hilang segala gelaran ditangan pelatih George Agraham, Arsenal kembali menjadi juara di peringkat Eropah(Piala Winners)setelah mengalahkan kelab Parma FC dengan skor 1-0. Pada musim berikutnya, Arsenal kembali berhasil ke final di piala yang sama, tapi kali ini mereka dikalahkan oleh Real Zaragoza dengan skor 2-1.

Kedatangan pelatih Arsene Wenger ke Arsenal pada tahun 1996 berhasil apabila Arsenal kembali berjaya menghancurkan dominasi Manchester United di Liga Utama Inggris pada saat itu. Arsenal juga berjaya menjadi runner-up di anjung Piala UEFA pada tahun 2000 setelah mengalahkan Galatasaray penerusi penalti 4-1 setelah kedudukan seri. Pada musim 2003-04 hingga awal musim 2004-05, Arsenal berhasil mencipta rekod 49 pertandingan tanpa kalah dan mematahkan rekod Notthingam Forest F.C (42 kali) yang merupakan rekod tanpa kalah terpanjang di dalam sejarah bola sepak Inggris. Pada musim 2005-06, Arsenal kembali menjadi finalis Champion League setelah dikalahkan Barcelona FC 2-1 di Stade De France, Paris.

Pada masa Arsenal di bawah jurulatih Arsene Wenger(hingga kini),Arsenal telah melonjak naik menjadi salah satu kelab dalam Liga Inggeris yang digeruni.Malah pemain-pemain Arsenal juga telah mula dikenali ramai berdasarkan bakat-bakat yang terpendam dan peningkatan dalam corak dan skill bermain.


ckp2 : minat bolasepak sebab mahu jadikan ia sbgai kareer dlm pekerjaan ku nnt.InsyaAllah.

ckp2 lg : abg,adek dan aq meminati kelab Arsenal.

ckp2 lg dan lg : nnt kite sembang pasal yang lain pula dan semestinya...sembang Arsenal FC..sengihnampakgigi