pic ini adlh pic seorg rkn yg ditngkap x pose taun lps..so..awas..!anda diperhatikan..!he2
Tarikh keramat 22/08/2009 kini muncul jua...Iaitu tarikhnya kita mula berpuasa pada tahun ini..dan yang pasti.,saya akan berpuasa buat kali ke-2 di kampus ini(UKM) lagi..adehh..masa-masa begini la saya mula terfikirkan akan keseronokan berpuasa di kampung halaman tanah tumpahnya darahku..dengan suasana yang aman dan susun atur penduduknya yang tidak begitu padat..amat tenang sekali menjalani ibadah puasa di sana..tapi..apa boleh dibuat kan..hidup menumpang tempat orang.,begini la hendaknya...
Dan di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini kepada semua teman-teman dan sahabat andai..dengan ucapan semoga semua ibadat kita diterima oleh Allah S.W.T...Amin~
Juga...mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada setiap insan yang mengenali diri ini jika ada tersalah tutur kata mahupun tertinggi kelantangan suara atau tersasul tidak pada tempatnya..haraf dimaafkan yaaa...kerna saya juga insan biasa yang tidak lekang dengan kesilapan dan kesalahan...
Dan akhir kata..perdengarkan serangkap pantun dari saya...dan kalau berani..balas la pantun ini kalau boleh...heee
Terbang-terbang si rama-rama, Rehat sebentar bersama-sama sepupunya, Bulan Ramadhan bulan yang mulia, Kalau tak berpuasa.!tak syok la raya anda....
ckp2 : Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat~
ckp2 lg: Walau apa jua yang berlaku..akan ku balik juga rumah pada minggu ini..huarghhh~~
Sudah berlumut agaknya blog saya ini tidak diupdate-update...dan kali ini saya datang dengan menyarankan sesuatu kepada sesiapa yang masih lagi tidak menonton cerita ini.. iaitu cerita yang berjudul 'Syurga Cinta'... here some info for u all...
Pengarah:Ahmad Idham Pelakon:Awal Ashaari (Irham), Heliza Helmi (Syuhadah), Hadziq (Ikmal), Hisham Ahmad Tajuddin (Datuk), Mustafa Kamal (Tan Sri Zakaria) dan Dian P.Ramlee (Pn. Sri Mahani).
Sinopsis:
Irham, berusia lewat 20-an anak kepada Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang Muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan 'misi'nya. Melihat 'ketulusan' Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.
Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma "suka-suka" dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku??
Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA....
ckp2 : carilah cinta yang kekal iaitu cinta yang t'bentuk dari mata, jatuh ke hati dan diredhai dengan perkahwinan...dan bukanlah cinta dari syaitan dan cinta dari jin..Insyaallah ketemu syurga cinta~
ckp2 lg : Cerita ini sedikit sebanyak memberi inspirasi untuk sesapa sahaja yang sedang bercinta mahupun yang masih mencari cinta yerk..
potpetpotpet : 'Jika seseorang yang pernah kamu sayangi telah pergi,janganlah terlalu bersedih..terimalah kenyataan itu sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu..'
salam mesra.. untuk entry kali ini.,mari aq ngajak korang tentang bisnes yang perlu diaplikasi dalam hidup untuk maju di hari-hari mendatang..
Tips dari seorang bisnesman…
KORANG NAK TAU TAK APA BISNES YANG PALING MENGUNTUNGKAN,TAKDE RISIKO DAN KOMPOM BOLEH BERJAYA PUNYA ASALAKN KORANG BUAT DENGAN HATI YANG IKHLAS DAN PENUH KESUNGGUHAN…
1.RECYCLE DUNIA UNTUK MENDAPATKAN AKHIRAT
Dunia dan semua isinya semua tak kekal,esok lusa rosak,reput,expired,paling senang diri korang sendiri laa..anytime boleh expired,cume expiry date tu je tak tulis kat dahi.Apa yang Tuhan bagi korang kat duniani bukan bagi saje-saje,amanah semua ni.Nak tengok korang buat apa dengannya.Siapa reti recycle dunia dengan cara yang betul gerenti dia dapat habuan kat akhirat yang kekal.So jangan kedekut la brader.WHAT YOU GIVE YOU GET BACK..
2.MONEY EXCHANGE
Ni bukan tukaran wang asing biasa tapi tukar wang korang dengan kebaikan yang kekal abadi>Korang bagiderma kat rumah anak-anak yatim,derma masjid,derma sekolah agama,tu semua outlet-outlet money exchange Tuhan.So,kalau dah tahu dan memang kompom pun korang akan fly ke Darul Akhirat yang matawangnya bukan ringgit malaysia mahupun US dollah,korang tukar la duit yang korang ada sekarang sebelum terlambat.Rate sekarang memang tak pernah merugikan laa wa cakap luu..,yang beribu kali ganda pun ada maa..
3.PUBLIC SERVICE
Mungkin korang takde modal nak labur dalam bisnes-bisnes ni,korang masih boleh laburkan masa dan tenaga korang.Apa kemahiran yang korang ada gunakanlah pada jalan Allah gerenti korang tak akan rugi.Ada ilmu ajar,ada kederat kerja,ada masa luangkan masa untuk Dia.Korang ingat Tuhan tu tak bayar gaji korang ke?Lebih pada itu pun Dia boleh bagi.Masalahnya kebanyakan kita rakus sangat,nak ambil habuan kita kat dunia juga walaupun Dia dah kata banyak kali habuan kat akhirat tu lagi best giler dan kekal selama-lamanya.Sabar ler,.ntah-ntah jap lagi korang dah kena posting ke sana,tak pun esok lusa.Kat sana nak kerja amenda lagi,enjoy ajer laa…
4.FIX DEPOSIT
Korang simpan semua hasil penat lelah korang kat mana?Kalu masih nak simpan kat bank juga memang korang akan menyesal.Bukan kata simpan kat sana tak selamat tapi korang tu yang tak pasti akan selamat ,selamat jalan laa…Cuba la bagi Tuhan simpan,Dia sikit pun takkan mengurangkan simpanan korang bahkan Dia lipat gandakan pulak sampai tak larat korang nak kira.Mana nak simpan?Nun kat rumah anak yatim boleh,masjid boleh,maahad tahfis boleh dan banyak lah cawangan yang Tuhan letak di merata-rata tempat.So pandai-pandailah korang berurusniaga dan menyimpan dengan Tuhan.Jangan berkira,jangan kedekut dan jangan rakus.Pokoknya ikhlas.Deal..or no deal..?