.:Pencerita-Pencereka:.

Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

Entry Hingus 2

salam mesra alam yaww~~

ihihik.ni entry sambungan yang pagi tadi je..

2008-2011


tahun 2008/2009 adalah tahun yang paling banyak pengalaman aq.time tu budak 'freshie' lagi di ukm ni.sengal-sengal ubi lagi la katakan.Kawan rapat adalah dua tiga kerat je.itupun sebab duduk satu blok.time tu kawan rapat aq Hamzah,Azri,Shai.Hamzah n aq memang kamceng giler tyme 1st year.tapi sejak dia bertanding then dapat jadi presiden PMUKM,kami da jarang contact,al maklumlah,dia amat bizi masa itu.so, kami rakan2 paham situasi dia.eeceh.


program 1st hamzah..>barisan urusetia.go hamzah goo!

masa dulu-dulu.time hujung minggu la paling best.kelas takde.bangun petang pun takpe.yang paling best.ade member ajak jalan-jalan KL.biasalah.aq kan dari kampung.mana la tahu sangat KL.huhu.pergi KL naik moto.rempit la apa lagi.time 1st year.aq bawak moto TXR 150@Panther aq di sini.sampai abes 1st year.ehehe.jalan-jalan je keje.syiokk tak ingat dunia..



lepak-lepak kat dusun UKM.takde ape-ape pun.ade sebuah rumah kayu dan pokok-pokok saje.buah entah kemane.



time ada kelas,aq la orang paling malas time dulu-dulu-dulu.bab ponteng kelas memang aq no.1,setakat nak dapatkan MC doktor demam seminggu pon aq boleh dapatkan.ekeke. tapi bila dipikir-pikirin sekarang,menyesal pon ada.yelah,gi kelas dapat jumpa kawan,borak-borak.sakat menyakat.samapi lecturer marah.haha.apa pon tak boleh~~



kawan time tu ramai sangat-sangat.masing-masing tinggal keseorangan di sini.yelah,time baru-baru masuk uni,ramai time tu single lagi,belum ketemui jodoh masing-masing la katakan.haha.kami semua berkawan.lelaki ke perempuan ke.semua same je.tak pilih kawan.janji masuk kepala.jadilah kami kawan untuk selamanya.kui3



duduk unibesiti ni takkan blaja je ye dak.so,aq pon juin lah aktiviti ko-ku kat kolej.kat UKM ni sukan antara kolej disebut SUKEM.masuk SUKEM.tendang sana-tendang sini.tetiba dapat la sekali medal Johan dalam sepak takraw.*tepuk-tepuk*






ok.last.time da final year neh.takde banyak yang mampu dilakukan.yeloh,nak capai pointer tinggi-tiggi.bila grade nanti.boleh la bangga-bangga sikit dengan pointer.ehehe.tapi ada gak la aktiviti aq buat.juin Pesta Konvo-38. memang syiokk. thanks semua yang terlibat.korang memang sahabat yang susah nak carik dah skang neh.



lastly,kawan pun da banyak.memang akan banyak la pic dalam entry ne kan3.ahaha.ni la aktiviti bebudak kosmate aq.dorang memang super duper cool.ajak je kemana saje. on on on on on ajaa....







ok.Alhamdulillah.rasanya itu saja untuk entry hingus ini.diharap kepada semua yang berada di sebalik takbir kejayaan ini.saya dengan rendah diri memohon maaf jika ada salah dan silap selama berkenalan dengan korang.terima kasih kepada ahli keluargaku, juga kepada semua tenga pengajar UKM,pihak pengurusan kolej dan fakulti dan kepada semua sahabat.terima kasih dan hanya tuhan yang akan membalas jasa kalian.InsyaAllah panjang umor semoga kita berjumpa lagi.babai dan Assalamualaikom~ =)

Thursday, September 30, 2010

-Mereka Datang-

salam 1,2,3 malaysiaa..

hari ini hari khamis.,esok pula hari jumaat..saban hari membawa nama yang berbeza dan hari-hari itu juga membawa kepada kemuncak hari yang paling istimewa iaitu hari ahad.hari ahad.hari yang paling gembira buat semua.kerana hari itu hari cuti.hari untuk keluar jalan2.ada sedikit kebebasan.dan hari itu aq bole simpulkan sebagai hari yang indah untuk semua. tapi,kan bagus kalo aq boleh contohi peranan hari demi hari itu dalam kehidupan.iaitu start pada hari isnin,ramai yang mula stress,benci kerja banyak,kls la,asaimen lah dan sehingga hari sabtu,dan hari ahad pula muncul sebagai hari paling indah.begitu juga dalam kehidupan.mula-mula semestinya kita akan merasa stress,banyak kerja,susah sini,susah sana.tapi semua itu pasti akan berakhir dengan gembira dan selesa.



Mereka datang.sape mereka.?pesta konvo ke-38 kah?? oh tidak! bukan itu yg ku maksudkan. tapi mereka adalah kerja-kerja asaimen,projek,dan final exam! mereka-mereka ini memang pada lahiriahnya sangat2 membebankan.stress juga bila dipikir-pikirkan selalu.tp nak wat macam mana kan3..nama pon student,kenalah lalui semua ini. tp hakikatnya aq masih tidak berubah.berubah seperti hari isnin menjadi hari selasa dan selasa ke rabu dan seterusnya untuk bergelar hari ahad! perasaan malas dan berbagai-bagai masalah sering menimpa baru-baru ini.si dia pon menjadi semakin complicated.sukar untuk dimengerti dan memahami situasi sana dan sini.tapi biarlah.biarlah ia menjadi satu asam ragam untuk aq menjadi semakin matang.

Mengharap.dan terus mengharap semuga semua kerja dan masalah dipermudahkan oleh-Nya dan InsyaAllah aq akan cuba yg terbaik dalam final exam demi menghabiskan sisa-sisa kehidupan sebagai seorang student di UKM yg terchenta ini.All the best juga pada rakan2 di luar sana!

p/s:sebenarnya byk benda yg nk dicerita,tetapi pabila tiada orang yg mahu mendengar,biarlah mereka membaca..

Saturday, October 10, 2009

- JiWa kU KeMbALi -


Salam Mesra Alam..peluk


Mari-mari sini wahai budak-budak yg lahir pada tahun 85-90an.
Meh sini kita ingat-mengingati mase skolah rendah dulu-dulu-dulu
:


- Kat skola ade salesman jual buku cerita. Ari ni bg list,
esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu kita dah tahu.
salesman susu vitegen pon camtu gak.


- Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok
gambar je.
Bile ade program Nilam, sebok semua nak
pinjam buku termasuk la aq..



- RMT kat skola makan tak berapa best, tp yg berduit pon
join RMT gak,aq mula tak phm....



- Pakai pensel box yg boleh bukak depan belakang,
pastu ade sharpener kat tengah2 dia..



- Main lwn pemadam, sayang btol nak guna utk memadam.,
padahal itu la fungsi sebenarnya,.utk padam.!



- Pakai pembaris yg tepinya bergerigi, kat dalam dia ade air,
pastu ade bende mcm bintang berkilat2 dlm air tu..



- Cikgu pakai pembaris kuning panjang.Ade pemegang kat
tengah2 die tp tak pernah pon tgk cikgu
pegang kat situ.


- Bulu ayam jadi ramping kerna sering dijadikan rotan
sebat budak yg degil.!



- Time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler
sume hampeh..! ade gak
buat anyaman pakai kertas warna,
kolaj
la, ape la..sehari semalam buat mende tu baru siap..


- Main game 2D.., super mario, street fighter,
daytona,.sume pakai tape..


- Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar2
kaler ikut suhu dan cuaca..rosak je suruh mak beli lain..



- Ramai yg takut suntik BCG tp lepas dah inject poyo la pulak...!


- Balik skola beli JoJo atau Dendang.Tora pon best gak.
beli se mata2 nak mainan, coklat die bagi kt adek..


- Suke pakai kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat TV bole tembak alien tu...


- Siri kartun; Power Rangers, Ultraman,Transformers, Ninja
Turtles,Dragon Ball,
Thundercats, Inspector Gadjet,.
dan mcm2 lg la mnjadi idaman..




ckp2 : Jangan lupe sume ni sebab zaman skrg budak2 tak sempat layan bende2 ni..kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent..hehe~

ckp2 lg: Ni baru la zaman kita kawan-kawan..!!Wink


Thursday, September 3, 2009

Hmm...

Salam mesra alam..peluk


hmm~hari ini ku hanya mampu melihat sahaja blog yang selama ini menjadi pujaan hati dan tatapan mataku..tapi kini ia telah berubah dengan sekelip mata pabila empunya blog telah mendelete blognya tadi..

Aishh~ sebenarnya.,komitmen untuk membuat blog 'Pabila Jariku Menekan Keyboard' ini pon adalah kerna beliau lah yang sering sahaja sebut-sebut 'buat la 1 blog seniri..bez woo layan blogging ini..' tapi kini...semuanya telah serba terbalik..dulu saya yang tiada blog.,dan hanya singgah-menyinggah pada blog orang,kini tok guru sendiri pula tiada blog..

Jadi.. sedih lor..dia lah yang telah banyak mengajar tentang selok belok internet ini and plus mengajar memblogging ini...dan yang pasti..blog beliau adalah yang terbest among da best..

Jadi..ingin sangat2 wish padanya thank you for everything yep..semoga berjumpa di ruangan yang lain2 nya.. papaii..
babai

Sifu: Mohammad Rusydi Bin Rafi
Blog:Tentang Dee-riku
Student:UPNM
Hometown:Melaka



ckp2 : 'Sampaikanlah sesuatu ilmu itu walaupun hanya sepatah,dan ia akan kekal hingga akhir usia..'

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan..



Salam Mesra Alam..
peluk




pic ini adlh pic seorg rkn yg ditngkap x pose taun lps..so..awas..!anda diperhatikan..!he2



Tarikh keramat 22/08/2009 kini muncul jua...Iaitu tarikhnya kita mula berpuasa pada tahun ini..dan yang pasti.,saya akan berpuasa buat kali ke-2 di kampus ini(UKM) lagi..adehh..masa-masa begini la saya mula terfikirkan akan keseronokan berpuasa di kampung halaman tanah tumpahnya darahku..dengan suasana yang aman dan susun atur penduduknya yang tidak begitu padat..amat tenang sekali menjalani ibadah puasa di sana..tapi..apa boleh dibuat kan..hidup menumpang tempat orang.,begini la hendaknya...
nangih


Dan di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini kepada semua teman-teman dan sahabat andai..dengan ucapan semoga semua ibadat kita diterima oleh Allah S.W.T...Amin~
doa


Juga...mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada setiap insan yang mengenali diri ini jika ada tersalah tutur kata mahupun tertinggi kelantangan suara atau tersasul tidak pada tempatnya..haraf dimaafkan yaaa...kerna saya juga insan biasa yang tidak lekang dengan kesilapan dan kesalahan...
kenyit


Dan akhir kata..perdengarkan serangkap pantun dari saya...dan kalau berani..balas la pantun ini kalau boleh...heee
sengihnampakgigi



Terbang-terbang si rama-rama,
Rehat sebentar bersama-sama sepupunya,
Bulan Ramadhan bulan yang mulia,
Kalau tak berpuasa.!tak syok la raya anda....
peace



ckp2 : Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat~senyum

ckp2 lg: Walau apa jua yang berlaku..akan ku balik juga rumah pada minggu ini..huarghhh~~tumbuk

potpetpotpet : tingkatkan prestasi..,hapuskan kontroversii.......encem


Friday, August 7, 2009

SyURga CinTa

Salam mesra alam...peluk



Sudah berlumut agaknya blog saya ini tidak diupdate-update...dan kali ini saya datang
dengan menyarankan sesuatu kepada sesiapa yang masih lagi tidak menonton cerita ini..
iaitu cerita yang berjudul 'Syurga Cinta'...
here some info for u all...







Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Awal Ashaari (Irham), Heliza Helmi (Syuhadah), Hadziq (Ikmal), Hisham Ahmad Tajuddin (Datuk), Mustafa Kamal (Tan Sri Zakaria) dan Dian P.Ramlee (Pn. Sri Mahani).







Sinopsis:

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya
tidak ubah seperti orang barat.


:mHurm:

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
:cinonet_22:

Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang Muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
:minimo_40:

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan 'misi'nya. Melihat 'ketulusan' Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.
:kiss:

Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai
orang Islam seperti mendirikan solat.

:mGelak:

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma "suka-suka" dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
:puteh_21:

Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku??
:what:

Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA....



ckp2 : carilah cinta yang kekal iaitu cinta yang t'bentuk dari mata, jatuh ke hati dan diredhai dengan perkahwinan...dan bukanlah cinta dari syaitan dan cinta dari jin..Insyaallah ketemu syurga cinta~doa

ckp2 lg : Cerita ini sedikit sebanyak memberi inspirasi untuk sesapa sahaja yang sedang bercinta mahupun yang masih mencari cinta yerk..gatai

potpetpotpet : 'Jika seseorang yang pernah kamu sayangi telah pergi,janganlah terlalu bersedih..terimalah kenyataan itu sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu..'senyum

Monday, July 27, 2009

Sambutan Jubli ke-20 Lemanto



Salam Mesra Alam..



.:PART 1 :.


Siapa tahu 26-7-1989 tu sempena hari keputeraan siapa..??angel..ok2 la..mau stret to da point la..tak mahu merepek-merepek dah tumbuk..hee

Tanggal 26-7-2009..merupakan hari jadi keputeraan Zaki@Lemanto yang ke-20 lasengihnampakgigi..ish3...da 20-an da umor saya kan2...macam tak percaya jer da tuasigh..tp itulah hakikatnya hidop..yang muda pasti tua.,dan yang tua tak mungkin akan muda balik..!!okeygatai..hu3

Jadi sempena dah 20 tahun saya hidup ini.,semestinya ramai sudah kawan-kawan di sekeliling saya bukansenyum..dan diantaranya juga sudah semestinya ramai kenalan yang secara langsung mahupun secara tidak langsung(dunia intenet) sengihnampakgigi telah menjadi kawan saya..oleh itu,dengan lafaz bismillah saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana kesudian itu dan jika ada lagi hutang mahupun kesalahannerd..diharap nyatakanlah ia selagi diri ini dikandung badan yerpeace...


.:PART 2:.

Tahun ini sepesel sikit la bagi saya kerna sambut birthday di rumah..hehe..alkisah.,saya pon balik la rumah pada petang sabtu kelmarin,.dan malam itu bermula la sambutan gilang-gemilang ulang tahun saya yang ke-20 tahun..some pic here for u all..




Heee..here we go..kek yang menjadi idaman setiap pelosok tekak manusia..keh3...




Dan makanan iringan yang akan dimuat turun dalam perut tidak lama lagi...hek3




Dan ini merupakan senyuman yang last unuk umor 19 tahun dan senyuman pertama untuk umur 20 tahun juga sempat saya lakukan pada malam itujelir...hehe..saja jer nak enterframe di blog seniri..hehek..jgn maraa aaa...sengihnampakgigi




And last but not least,.saya ingin menadah tangan syukur kepada hadrat Illahi kerana menempatkan saya sebagai salah seorang daripada ahli keluarga Yusuf+Sakilah
senyum..Syukur sangat-sangat..dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kak Ida kerana sponsor kek dan kepada kak Long kerana sponsor makanan+minuman iringan..dan semua ahli keluarga kerana wish me luck buat selama-lamanya..love u alllove..semoga kamu2 juga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki yang halal..doa Amin3..


ckp2 : terima kasih juga kepada rakan-rakan taulan kerana mengwish...semoga korang gembira-gembira slalu dan berjaya dalam bidang masing-masingdoa..InsyAllah...

ckp2 : terima kasih juga kepada Dee dan Awi yang sudi datang secara tidak langsung pada malam itu dalam usahaku menghabiskan keksengihnampakgigi..huk3

potpetpotpet : Hepi sungguh saya malam itu...tak terungkap dengan kata-kata macam mana la nak membalas jasa baik mereka...hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka...~kembali bersyukur~