.:Pencerita-Pencereka:.

Tuesday, January 12, 2010

The Gunners


Salam Mesra Alam..
peluk

Kali ini saya ingin menceritakan minat saya yang semakin mendalam dalam sukan bola sepak.Dan semestinya setiap orang yang minat sukan akan menyokong at least 1@2 kelab di liga-liga antarabangsa.Ada yang minat Manchester,Chealsea,Liverpool Barcalona tetapi bagi saya,Arsenal adalah kelab yang paling terbaik sejak dari dulu lagi.Jom la kita kita ambil tahu sedikit sebanyak tentang kelab Arsenal ini untuk pengetahuan bersama~


Sejarah Penubuhan Arsenal FC

Arsenal ditubuhkan di daerah Woolwich, bahagian tenggara kota London pada 1886 dengan nama Dial Square, dan ia berganti nama tidak lama selepas itu menjadi Royal Arsenal. Tahun 1891 nama mereka diganti lagi menjadi Woolwich Arsenal. Pada tahun 1913, kelab ini berpindah ke wilayah utara, tempatnya di daerah Highbury dan membangunlah Stadium Highbury, yang menjadi markas baru mereka. Saat pindah lokasi itulah, nama depan kelab mereka, iaitu Woolwich dihapuskan sehingga hanya tinggal nama Arsenal sahaja. dan kini,Arsenal Football Club dikenali juga sebagai Arsenal atau The Gunners.

Selain itu kerana lokasi stadium Arsenal dekat dengan markas Tottenham Hotspurs, maka tak hairanlah jika pertandingan Arsenal vs Tottenham Hotspur disebut "North London derby" dan merupakan salah satu derby terpanas di London.

Kejayaan Arsenal di Liga Perdana English diawali oleh pelatih Herbert Chapman yang melatih pada tahun 1925-35 dan berhasil menjuarai beberapa perlawanan domestik Inggris (Piala FA, pendahulu Liga Utama, dan Charity Shield) sekaligus mendominasinya dan menjadikan Arsenal sebagai kekuatan paling dominan di Inggris saat itu. Pada tahun 1940an-1960an, Arsenal hanya dapat menambah sedikit koleksi kejayaan.Namun,pada awal 1970an, Arsenal menunjukkanl prestasi terbaiknya di Eropah dengan pertama kali yang memenangi pada musim 1969-70, Fairs Cup (piala yg awal dari Piala UEFA). Arsenal menjadi juara untuk pertama kalinya dan sekaligus terakhir bagi Fairs Cup (Fairs Cup diganti Piala UEFA sejak musim 1971-72) setelah berhasil mengalahkan kelab R.S.C Anderlect dengan agregat 4-3 (dengan sistem home and away). Saat itu, kelab ini dilatih oleh Berte Mee. Sepanjang tahun 1980an, Arsenal berhasil menambah koleksi Arsenal dengan beberapa gelaran, tapi tidak dapat gelaran dari pertandingan Eropah.

Arsenal Di Era 1990- Sekarang

Pada tahun 1991, Arsenal menjadi juara bersama dengan Tottenham di Community Shield setelah kedudukan seri 0-0 (saat itu, jika kedudukan seri maka kedua-dua kelab dianggap juara) . Namun pada musim 1993-94,Arsenal akhirnya hilang segala gelaran ditangan pelatih George Agraham, Arsenal kembali menjadi juara di peringkat Eropah(Piala Winners)setelah mengalahkan kelab Parma FC dengan skor 1-0. Pada musim berikutnya, Arsenal kembali berhasil ke final di piala yang sama, tapi kali ini mereka dikalahkan oleh Real Zaragoza dengan skor 2-1.

Kedatangan pelatih Arsene Wenger ke Arsenal pada tahun 1996 berhasil apabila Arsenal kembali berjaya menghancurkan dominasi Manchester United di Liga Utama Inggris pada saat itu. Arsenal juga berjaya menjadi runner-up di anjung Piala UEFA pada tahun 2000 setelah mengalahkan Galatasaray penerusi penalti 4-1 setelah kedudukan seri. Pada musim 2003-04 hingga awal musim 2004-05, Arsenal berhasil mencipta rekod 49 pertandingan tanpa kalah dan mematahkan rekod Notthingam Forest F.C (42 kali) yang merupakan rekod tanpa kalah terpanjang di dalam sejarah bola sepak Inggris. Pada musim 2005-06, Arsenal kembali menjadi finalis Champion League setelah dikalahkan Barcelona FC 2-1 di Stade De France, Paris.

Pada masa Arsenal di bawah jurulatih Arsene Wenger(hingga kini),Arsenal telah melonjak naik menjadi salah satu kelab dalam Liga Inggeris yang digeruni.Malah pemain-pemain Arsenal juga telah mula dikenali ramai berdasarkan bakat-bakat yang terpendam dan peningkatan dalam corak dan skill bermain.


ckp2 : minat bolasepak sebab mahu jadikan ia sbgai kareer dlm pekerjaan ku nnt.InsyaAllah.

ckp2 lg : abg,adek dan aq meminati kelab Arsenal.

ckp2 lg dan lg : nnt kite sembang pasal yang lain pula dan semestinya...sembang Arsenal FC..sengihnampakgigi

Thursday, December 24, 2009

3 in 1



Salam mesra alam...
peluk

welcome back..ucapan yang pnoh ringkas ini dibawa khas oleh leman kepada kawan2 se-uni..
hmmm...ni baru jah mahu update blog.. bizi yang melampau dan kemalasan yang meninggi.. ini lah jadiknya.. semua kerja tak jadik..dan satu hal lagi.. sebenarnya memamng banyak perkara yang ingin diceritakan..tapi bila tiada seorang pun yang ingin mendengar..biarlah mereka membaca..


(@_@) LEMANTO MARSEILOW (@_@)



Kalau kita lihat di negeri2 utara sana.. bencana alam spt banjir sedang berlaku.. kasihan kan mereka.. setiap tahun kena hadapi musibah.. so,ungkapan orang2 tua sedunia yang femes spt malang tidak berbau tidak boleh pakai lagi dalam konteks ini.. kerana malang ini semua dah dapat hidu sedalam-dalamnya.. akhir tahun,bulan 11@12,kelantan,kedah,pahang n etc mungkin akan mengalami banjir..di manakah silapnyaaa..? kenapa pihak yang bertanggungjawab tidak melihat perkara ini dengan serius? yaaaa...nanti la kita terjah..!


skang ni musim hujan..jgn lupa sdiakn payung yep~


sem ni jadual tak begitu padat dan agak teratur.. peruntukkan hari untuk balik rumah pon cukup.. katil dan kerusi di bilik masih empuk dan selesa lagi.. dan harap tahun baru,sem baru, dan azam baru tahun ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang dengan izin-Nya..Amin~

ckp2 :
tahniah pd adekku Yamin kerna dpt 7 A 1 B dlm PMR..main2 game pon leh score..plik aq bdk neh..


ckp2 lg :
da mula rasa mls nk berblogging...
sigh

Monday, November 9, 2009

-Suksess-

Salam Mesra Alam..peluk


Tepat jam 1830 petang isnin bersamaan 09/11/2009,berakhirlah sudah paper last saya yang berjudul perakaunan untuk pengurusan dan dengan itu,tamat sudah lah semua subjek-subjek yang agak melemaskan otot gigi ini..yeahh! sudah mencapai hari kemerdekaan yang ke-475 buat diriku~
dan harap-haraplah result sem ini lebih baik dari yang sebelumnya..taknak lah gagal..sebab kalau kena repeat,kena extend,lepas extend,jumpa lagi lecterer lama,jumpa lagi rumite yang sama,jumpa lagi musuh yang serupa...tak best kan?jadi marilah sama-sama kita berjoging untuk mencegah penyakit malas..errrkk!





fuuhh~setelah 5 bulan menelaah buku kat sini,tak kira la jenis buku tu ape,komik ke,UJANG ke,APO? ke kan..janji bahan bacaan..tuuu..tuuuu..tuuuu...kat atas rak buku ku tuuuu...ade lagi ujang yang hanya tunggu masa untuk disemburkan air liur basi jika ia melucukan...okeyss~
sekian sahaja tentang posting kemerdekaan yang ke 467 lemanto...nak terbang ke tempat yang ramai orang jap lagi..papaaiiiiiiii~



ckp2 : 5 bulan di sini...byk kan benda yang pergi dan perkara yang kembali..senyum

ckp2 lg : hari khamis baru balik kg halaman..sebulan di sana!!!yeah!!!menari


Saturday, October 10, 2009

- JiWa kU KeMbALi -


Salam Mesra Alam..peluk


Mari-mari sini wahai budak-budak yg lahir pada tahun 85-90an.
Meh sini kita ingat-mengingati mase skolah rendah dulu-dulu-dulu
:


- Kat skola ade salesman jual buku cerita. Ari ni bg list,
esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu kita dah tahu.
salesman susu vitegen pon camtu gak.


- Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok
gambar je.
Bile ade program Nilam, sebok semua nak
pinjam buku termasuk la aq..



- RMT kat skola makan tak berapa best, tp yg berduit pon
join RMT gak,aq mula tak phm....



- Pakai pensel box yg boleh bukak depan belakang,
pastu ade sharpener kat tengah2 dia..



- Main lwn pemadam, sayang btol nak guna utk memadam.,
padahal itu la fungsi sebenarnya,.utk padam.!



- Pakai pembaris yg tepinya bergerigi, kat dalam dia ade air,
pastu ade bende mcm bintang berkilat2 dlm air tu..



- Cikgu pakai pembaris kuning panjang.Ade pemegang kat
tengah2 die tp tak pernah pon tgk cikgu
pegang kat situ.


- Bulu ayam jadi ramping kerna sering dijadikan rotan
sebat budak yg degil.!



- Time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler
sume hampeh..! ade gak
buat anyaman pakai kertas warna,
kolaj
la, ape la..sehari semalam buat mende tu baru siap..


- Main game 2D.., super mario, street fighter,
daytona,.sume pakai tape..


- Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar2
kaler ikut suhu dan cuaca..rosak je suruh mak beli lain..



- Ramai yg takut suntik BCG tp lepas dah inject poyo la pulak...!


- Balik skola beli JoJo atau Dendang.Tora pon best gak.
beli se mata2 nak mainan, coklat die bagi kt adek..


- Suke pakai kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat TV bole tembak alien tu...


- Siri kartun; Power Rangers, Ultraman,Transformers, Ninja
Turtles,Dragon Ball,
Thundercats, Inspector Gadjet,.
dan mcm2 lg la mnjadi idaman..




ckp2 : Jangan lupe sume ni sebab zaman skrg budak2 tak sempat layan bende2 ni..kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent..hehe~

ckp2 lg: Ni baru la zaman kita kawan-kawan..!!Wink


Sunday, September 27, 2009

Raya Datang Lagiii...!



Salam Mesra Alam..
peluk


Merujuk perkara di atas,sudah semestinya entry kali ini berkisarkan tentang Hari Raya yaa..Walaupun terlewat untuk wish Selamat Hari Raya pada Syawal yang pertama.,saya paham,mesti korang akan jemu dan mungkin juga tidak akan habis baca wishes dari kawan-kawan pada hari pertama raya..jadi di kesempatan ini.,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada teman-teman di seluruh Malaysia..Semoga persahabatan ini kekal sehingga pernafasan yang terakhir yuk..dan dengan ini diselitkan sebentuk pantun untuk korang..ok..sampai sini saja...papaiii~babai



Kelantan...


Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita.


Terengganu.. .

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile.


Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin.


Johor...

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie.


Melaka...

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok.


N. Sembilan...

Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri.


Selangor/K.Lumpur. ..


Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu.


Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai.

peace

Monday, September 7, 2009

Nur Kasih~

Salam Mesra Alam..peluk


Ta mau cakap pape dah...saja-saja je ni~


http://www.intro2u.net/new/wp-content/uploads/2009/08/nur-kasih.jpg







Nur Kasih-Yasin


Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasihNur kasih
Oh nur kasihNur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pastiJanji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih



ckp2 : Merasakan hidupku ini semakin berubah melalui drama ini~thx..
doa

Thursday, September 3, 2009

Hmm...

Salam mesra alam..peluk


hmm~hari ini ku hanya mampu melihat sahaja blog yang selama ini menjadi pujaan hati dan tatapan mataku..tapi kini ia telah berubah dengan sekelip mata pabila empunya blog telah mendelete blognya tadi..

Aishh~ sebenarnya.,komitmen untuk membuat blog 'Pabila Jariku Menekan Keyboard' ini pon adalah kerna beliau lah yang sering sahaja sebut-sebut 'buat la 1 blog seniri..bez woo layan blogging ini..' tapi kini...semuanya telah serba terbalik..dulu saya yang tiada blog.,dan hanya singgah-menyinggah pada blog orang,kini tok guru sendiri pula tiada blog..

Jadi.. sedih lor..dia lah yang telah banyak mengajar tentang selok belok internet ini and plus mengajar memblogging ini...dan yang pasti..blog beliau adalah yang terbest among da best..

Jadi..ingin sangat2 wish padanya thank you for everything yep..semoga berjumpa di ruangan yang lain2 nya.. papaii..
babai

Sifu: Mohammad Rusydi Bin Rafi
Blog:Tentang Dee-riku
Student:UPNM
Hometown:Melaka



ckp2 : 'Sampaikanlah sesuatu ilmu itu walaupun hanya sepatah,dan ia akan kekal hingga akhir usia..'