.:Pencerita-Pencereka:.

Monday, May 16, 2011

-Minyak Oh Minyak!-

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita semua tidak sesekali meminta kerajaan Malaysia, menurunkan harga petrol serendah yang ditawarkan Venezuela kepada rakyatnya. Cukup sekadar harga petrol yang dikenakan tidak menekan dan menyusahkan rakyat bawah. CUKUP!! Sebabnya implikasi dan kesan rantaian yang cukup besar kepada ekonomi Malaysia apabila harga petrol dinaikkan tanpa ada kajian yang terperinci.

Berlainan pula dengan keadaan di luar sana, terutamanya negara-negara pengesport minyak dunia yang tidak sedikit pun terjejas untuk kegunaan domestik apabila berlakunya kenaikan mahupun penurunan harga minyak dunia. Sebab apa? Mereka adalah pengesport minyak dunia dan mempunyai rezab simpanan minyak yang cukup besar. Yang pastinya negara-negara Arab mengungguli kedudukan senarai 10 negara memberikan harga petrol termurah di dunia untuk tahun 2010.

Mari kita lihat senarai harga minyak di dunia:

10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter

Siapa yang tidak tahu kebangkitan United Arab Emirates sebagai satu “hentian” bagi pengunjung luar kerana berjaya menyediakan tempat tinggal yang menarik dek kerana limpahan minyak yang mereka miliki. Selain memiliki salah satu negara yang menawarkan harga petrol termurah di dunia mereka merupakan negara keempat terkaya di dunia.

9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter

Negara pulau kecil ini hanya memiliki keluasan wilayah hanya 266 mil² (665 km²). Kalau anda mempunyai kenderaan di sana, jarak yang hanya boleh dilalui di Bahrain hanya sejauh 100 mil atau bersamaan 161 kilometer sahaja. Tetapi mengapa kerajaan Bahrain memberikan harga petrol pada kadar harga yang cukup murah? Berapa banyak petrol yang mereka perlu?

8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter

Negara Qatar merupakan negera kedua terkaya di dunia dan dalam pada masa yang sama memberikan harga petrol yang murah kepada rakyatnya.

7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter

Ini hampir sama seperti di Qatar! Kuwait adalah negara kelima terkaya di dunia, jadi sangat sesuai limpahan yang dimiliki oleh Kuwait “dikongsi” bersama dnegan rakyatnya dnegan menawarkan harga petrol yang berpatutan.

6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter

Libya mempunyai rezab simpanan minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia.

5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter

Sememangnya diakui dek kerana limpahan minyak yang dimiliki oleh Arab Saudi telah meletakkan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah sebagai kalangan raja yang terkaya di dunia. Kebiasaannya ketika Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakukan kunjungan ke luar negera biasanya dia akan pergi bersama-sama dengan 6 pesawat yang mana 1 untuk dirinya dan anak-anaknya dan 5 untuk teman-teman terdekatnya. Mungkin juga, seandainya mereka menurunkan sedikit lagi harga petrol, mereka akan mampu untuk membawa pesawat peribadi ke-7 iaitu Boeing 747.

4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter

Dengan rezab simpanan minyak yang dimilki negara Iran sekarang, dijangka mereka akan kehabisan minyak dalam tempoh 74 tahun daripada sekarang.

3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter

Nigeria dikatakan antara 10 negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia. Yang pentingnya pemerintah di sana tidak ingin membuat rakyat mereka marah dengan mengenakan harga petrol yang tinggi

2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter

Saya sendiri tidak menyangka yang Turkmenistan tergolong di antara negara yang memberikan harga petrol kedua termurah di dunia. Negara ini boleh dikatakan dingin daripada sebarang isu dan berita kepada negara luar. Tetapi itulah hakikatnya.

1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter

Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chávez – cukup terkenal dikalangan pemimpin politik seluruh dunia kerana beliau seorang yang sosialis kerana beliau diakui ramai sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.

Dan ini pula senarai negara yang mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia

# 1 Saudi Arabia: 262,700,000,000 barrels (tong)
# 2 Canada: 178,900,000,000 barrels
# 3 Iran: 133,300,000,000 barrels
# 4 Iraq: 112,500,000,000 barrels
# 5 United Arab Emirates: 97,800,000,000 barrels
# 6 Kuwait: 96,500,000,000 barrels
# 7 Venezuela: 75,590,000,000 barrels
# 8 Russia: 69,000,000,000 barrels
# 9 Libya: 40,000,000,000 barrels
# 10 Nigeria: 36,000,000,000 barrels
# 11 Mexico: 33,310,000,000 barrels
# 12 Kazakhstan: 26,000,000,000 barrels
# 13 Angola: 25,000,000,000 barrels
# 14 United States: 22,450,000,000 barrels
# 15 China: 18,260,000,000 barrels
# 16 Qatar: 16,000,000,000 barrels
# 17 Brazil: 15,120,000,000 barrels
# 18 Algeria: 12,460,000,000 barrels
# 19 Norway: 9,859,000,000 barrels
# 20 Oman: 6,100,000,000 barrels
# 21 India: 5,700,000,000 barrels
# 22 Indonesia: 4,600,000,000 barrels
# 23 Ecuador: 4,512,000,000 barrels
# 24 United Kingdom: 4,500,000,000 barrels
# 25 Yemen: 4,370,000,000 barrels
# 26 Australia: 3,664,000,000 barrels
# 27 MALAYSIA: 3,100,000,000 barrels
# 28 Argentina: 2,950,000,000 barrels
# 29 Egypt: 2,700,000,000 barrels
# 30 Syria: 2,500,000,000 barrels
# 31 Gabon: 1,921,000,000 barrels
# 32 Tunisia: 1,700,000,000 barrels
# 33 Sudan: 1,600,000,000 barrels
# 34 Congo: 1,538,000,000 barrels
# 35 Colombia: 1,492,000,000 barrels
# 36 Brunei: 1,255,000,000 barrels
# 37 Denmark: 1,230,000,000 barrels
# 38 Romania: 1,055,000,000 barrels
# 39 Mauritania: 1,000,000,000 barrels
# 39 Burma: 1,000,000,000 barrels
# 41 Trinidad and Tobago: 990,000,000 barrels
# 42 Vietnam: 600,000,000 barrels
# 42 Uzbekistan: 600,000,000 barrels
# 44 Azerbaijan: 589,000,000 barrels
# 45 Italy: 586,600,000 barrels
# 46 Thailand: 583,000,000 barrels
# 47 Equatorial Guinea: 563,500,000 barrels
# 48 Cuba: 532,000,000 barrels
# 49 Bolivia: 458,800,000 barrels
# 50 Germany: 395,800,000 barrels

Cakap-cakap : Saya mencari juga di mana kedudukan sebenar bagi harga petrol Malaysia untuk dibandingkan dengan negara pengesport minyak yang lain. Tetapi tidak mengapa, kerana saya masih bersyukur kerana harga petrol di Malaysia masih lagi termurah di dunia termasuk juga lebih murah daripada Thailand dan juga Singapura.

Thursday, April 14, 2011

-Cara nak claim elaun JPA (for pektikel student only)-

Hai, salam sejahtera.
Siapa pelajar tajaan JPA? Anda telah menjalani latihan amali atau dalam erti kata lain praktikal? Adakah anda tahu yang anda boleh menuntut claim dari JPA untuk sepanjang tempoh anda berlatihan amali tersebut? Tapi anda harus memenuhi syarat-syarat seperti :

1. Telah tamat menjalani tempot latihan amali tersebut. Bukan nya sedang, tengah mahupun akan.
2. Tempat praktikal anda mestilah lebih daripada 25KM daripada universiti tempat anda belajar.

Jika cukup syarat. Sila ambil borang di HEP universiti masing-masing. Then isi borang tersebut. Sila sertakan clock in and out sepanjang tempoh anda praktikal. Jika tidak ada. Buat surat dan minta penyelia syarikat anda menandatangani surat tersebut untuk mengesahkan anda telah tamat menjalani latihan amali dan berapa lama tempoh yang diambil untuk menamatkan latihan amali tersbut. Kemudian hantar kembali kepada HEP.
Sekian laporan saya...

p/s :credit to -izan- eheeehe~

Monday, February 21, 2011

-Bermimpi-

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Pikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.

Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.

Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.

Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.

Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.

Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit.

Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.

Anda cuma bisa hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.

-lemantoes-

Saturday, February 12, 2011

-Revolusi-

salam mesra alam..
haha..da lama x hapdate ini blog..nak buka blog pon malas inikan pula nak hapdate..ahahaha..tapi bila nak bercerita..mesti cer citer cer citer juga di sini.. lewat ini,. setelah 5 tahun x bermain bola di padang berumput,akhirnya semasa aq mulakan tugas pektikel aq di Jabatan Belia Dan Sukan n.Melaka,aq mula dilamar jd player utk jbs..fuhh..mmg bez gak men ngn staff-staff di sini..dan banyak perlawanan persahabatan telah berlangsung..dan yg paling seronok,aq x penah langsung main bola di stadium,dan di sini aq berpeluang pergi stadium bkn sebagai penyokong,tetapi player bola..memang rekod idop juga la kirenye ini..haha..rupa-rupanya ada lagi bakat beraksi di padang.ehehe.. setelah 7 games mng dari 9 games friendly,JBS telah mendapat tempat dalam Liga M (Liga Melaka)..hoyeahhh!! akhirnya dpt la jugak aq main dalam kelab JBS dan bgaikan satu mimpi yg menjadi kenyataan bila dpt main dalam Liga M itoo..gembira rasenye.. dan yg paling bes..aq senanye main defender,n telah menjaringkn 3 gol stakat ini,telah dinaikkan pangkat untuk menjadi midfielder pula..haha..bez..bez..bez.. smoga dpt kekal kjayaan ini untuk lebih dan lebih berjaya d hari mendatang.. Amin..feeeussshhh~tata..

Saturday, December 4, 2010

-Inside 2010-

2011 is just 25 days away. Remember, Life is short, break the rules, forgive
and forget quickly, love truly, laugh uncontrollably, and never
regret anything that made u smile.. :)

p/s: tapi ada orang itu sudah tak mahu berkawan dengan saya lagi.ermm.. tak tahulah mana silapnya.,forsure..people change. redha jelaa~ :(

Thursday, November 11, 2010

-Tahukah Anda?-

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya
kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

1)Jangan makan SUSU bersama DAGING..

2)Jangan makan DAGING bersama IKAN..

3)Jangan makan IKAN bersama SUSU..

4)Jangan makan AYAM bersama SUSU..

5)Jangan makan IKAN bersama TELUR..

6)Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD..

7)Jangan makan SUSU bersama CUKA..

8)Jangan makan BUAH bersama SUSU.. contoh:koktel



9)Jangan makan buah selepas makan nasi tatapi makanlah buah dahulu SEBELUM makan nasi..

10)Tidurlah 1 jam selepas makan tengah hari..

11)Janganlah sesekali tinggalkan makan malam. Jika tinggalkannya, kita akan mudah dimakan usia & kolestrol dalam badan akan meningkat.(Kesannya tidak dapat dilihat segera tetapi setelah kita sudah dilanjut usia)

Rasulullah juga mengamalkan minum segelas air kosong setiap pagi.
Insya Allah akan susah dapat penyakit. =)

Thursday, September 30, 2010

-Mereka Datang-

salam 1,2,3 malaysiaa..

hari ini hari khamis.,esok pula hari jumaat..saban hari membawa nama yang berbeza dan hari-hari itu juga membawa kepada kemuncak hari yang paling istimewa iaitu hari ahad.hari ahad.hari yang paling gembira buat semua.kerana hari itu hari cuti.hari untuk keluar jalan2.ada sedikit kebebasan.dan hari itu aq bole simpulkan sebagai hari yang indah untuk semua. tapi,kan bagus kalo aq boleh contohi peranan hari demi hari itu dalam kehidupan.iaitu start pada hari isnin,ramai yang mula stress,benci kerja banyak,kls la,asaimen lah dan sehingga hari sabtu,dan hari ahad pula muncul sebagai hari paling indah.begitu juga dalam kehidupan.mula-mula semestinya kita akan merasa stress,banyak kerja,susah sini,susah sana.tapi semua itu pasti akan berakhir dengan gembira dan selesa.



Mereka datang.sape mereka.?pesta konvo ke-38 kah?? oh tidak! bukan itu yg ku maksudkan. tapi mereka adalah kerja-kerja asaimen,projek,dan final exam! mereka-mereka ini memang pada lahiriahnya sangat2 membebankan.stress juga bila dipikir-pikirkan selalu.tp nak wat macam mana kan3..nama pon student,kenalah lalui semua ini. tp hakikatnya aq masih tidak berubah.berubah seperti hari isnin menjadi hari selasa dan selasa ke rabu dan seterusnya untuk bergelar hari ahad! perasaan malas dan berbagai-bagai masalah sering menimpa baru-baru ini.si dia pon menjadi semakin complicated.sukar untuk dimengerti dan memahami situasi sana dan sini.tapi biarlah.biarlah ia menjadi satu asam ragam untuk aq menjadi semakin matang.

Mengharap.dan terus mengharap semuga semua kerja dan masalah dipermudahkan oleh-Nya dan InsyaAllah aq akan cuba yg terbaik dalam final exam demi menghabiskan sisa-sisa kehidupan sebagai seorang student di UKM yg terchenta ini.All the best juga pada rakan2 di luar sana!

p/s:sebenarnya byk benda yg nk dicerita,tetapi pabila tiada orang yg mahu mendengar,biarlah mereka membaca..