.:Pencerita-Pencereka:.

Friday, August 7, 2009

SyURga CinTa

Salam mesra alam...peluk



Sudah berlumut agaknya blog saya ini tidak diupdate-update...dan kali ini saya datang
dengan menyarankan sesuatu kepada sesiapa yang masih lagi tidak menonton cerita ini..
iaitu cerita yang berjudul 'Syurga Cinta'...
here some info for u all...







Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Awal Ashaari (Irham), Heliza Helmi (Syuhadah), Hadziq (Ikmal), Hisham Ahmad Tajuddin (Datuk), Mustafa Kamal (Tan Sri Zakaria) dan Dian P.Ramlee (Pn. Sri Mahani).







Sinopsis:

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya
tidak ubah seperti orang barat.


:mHurm:

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
:cinonet_22:

Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang Muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
:minimo_40:

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan 'misi'nya. Melihat 'ketulusan' Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.
:kiss:

Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai
orang Islam seperti mendirikan solat.

:mGelak:

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma "suka-suka" dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
:puteh_21:

Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku??
:what:

Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA....



ckp2 : carilah cinta yang kekal iaitu cinta yang t'bentuk dari mata, jatuh ke hati dan diredhai dengan perkahwinan...dan bukanlah cinta dari syaitan dan cinta dari jin..Insyaallah ketemu syurga cinta~doa

ckp2 lg : Cerita ini sedikit sebanyak memberi inspirasi untuk sesapa sahaja yang sedang bercinta mahupun yang masih mencari cinta yerk..gatai

potpetpotpet : 'Jika seseorang yang pernah kamu sayangi telah pergi,janganlah terlalu bersedih..terimalah kenyataan itu sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu..'senyum

14 comments:

Dee said...

aku nak cikgu syuhada jugak!!!
huhu...

airul_chobits said...

i like this movie so much..bes giler..smpai mngalir air mate la..huhu.tersentuh ati n..

LeMaNtO said...

dee>aq x kn biarkan~haha..

airul>owh...sama la...hek3..td wt kali ke-4 sy tgk muvie ni..hee

hey there syaira said...

aku tgok awal n haziq je..
lalala..~=p

LeMaNtO said...

cett~tp aq asik tgk cik heliza jer...hek3

jue nita said...

cite ni mmg besh..suke tgk..
sdih tgk citer ni..

LeMaNtO said...

tu ar...byk unsur2 kehidupan diterapkan dlm citer ni...haa..ko ieta..mmg sesuwai la sgt2 tgk citer nie...

Masz said...

cmne klu da tgk??hehe

LeMaNtO said...

kalo da tgk..dgr la pulak citer nie..baru seimbang penglihatan dan pendengaran tu.. :D

cambesje said...

aku tgk sebab da awal je~~
tp secara keseluruhannya, bes la jgk crita ni..
tgk on9 je...

hey there syaira said...

awal..lalala..=p

LeMaNtO said...

cambesje>mmg bez kn..tgk 4 kali..tp maci x cukup je...rse nk berlakon sama2 ngn mereka lak..hu2

syaira>syaira....lailailai..hek2

deskhaidir said...

suka2

LeMaNtO said...

alaa kak des ni..dtg jenguk sekali skala je..pastu tulis sepatah p'kataan jer...haha..
kalo anda rasa suka cubit pipi..~hek2