.:Pencerita-Pencereka:.

Showing posts with label minat. Show all posts
Showing posts with label minat. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

-Revolusi-

salam mesra alam..
haha..da lama x hapdate ini blog..nak buka blog pon malas inikan pula nak hapdate..ahahaha..tapi bila nak bercerita..mesti cer citer cer citer juga di sini.. lewat ini,. setelah 5 tahun x bermain bola di padang berumput,akhirnya semasa aq mulakan tugas pektikel aq di Jabatan Belia Dan Sukan n.Melaka,aq mula dilamar jd player utk jbs..fuhh..mmg bez gak men ngn staff-staff di sini..dan banyak perlawanan persahabatan telah berlangsung..dan yg paling seronok,aq x penah langsung main bola di stadium,dan di sini aq berpeluang pergi stadium bkn sebagai penyokong,tetapi player bola..memang rekod idop juga la kirenye ini..haha..rupa-rupanya ada lagi bakat beraksi di padang.ehehe.. setelah 7 games mng dari 9 games friendly,JBS telah mendapat tempat dalam Liga M (Liga Melaka)..hoyeahhh!! akhirnya dpt la jugak aq main dalam kelab JBS dan bgaikan satu mimpi yg menjadi kenyataan bila dpt main dalam Liga M itoo..gembira rasenye.. dan yg paling bes..aq senanye main defender,n telah menjaringkn 3 gol stakat ini,telah dinaikkan pangkat untuk menjadi midfielder pula..haha..bez..bez..bez.. smoga dpt kekal kjayaan ini untuk lebih dan lebih berjaya d hari mendatang.. Amin..feeeussshhh~tata..

Tuesday, January 12, 2010

The Gunners


Salam Mesra Alam..
peluk

Kali ini saya ingin menceritakan minat saya yang semakin mendalam dalam sukan bola sepak.Dan semestinya setiap orang yang minat sukan akan menyokong at least 1@2 kelab di liga-liga antarabangsa.Ada yang minat Manchester,Chealsea,Liverpool Barcalona tetapi bagi saya,Arsenal adalah kelab yang paling terbaik sejak dari dulu lagi.Jom la kita kita ambil tahu sedikit sebanyak tentang kelab Arsenal ini untuk pengetahuan bersama~


Sejarah Penubuhan Arsenal FC

Arsenal ditubuhkan di daerah Woolwich, bahagian tenggara kota London pada 1886 dengan nama Dial Square, dan ia berganti nama tidak lama selepas itu menjadi Royal Arsenal. Tahun 1891 nama mereka diganti lagi menjadi Woolwich Arsenal. Pada tahun 1913, kelab ini berpindah ke wilayah utara, tempatnya di daerah Highbury dan membangunlah Stadium Highbury, yang menjadi markas baru mereka. Saat pindah lokasi itulah, nama depan kelab mereka, iaitu Woolwich dihapuskan sehingga hanya tinggal nama Arsenal sahaja. dan kini,Arsenal Football Club dikenali juga sebagai Arsenal atau The Gunners.

Selain itu kerana lokasi stadium Arsenal dekat dengan markas Tottenham Hotspurs, maka tak hairanlah jika pertandingan Arsenal vs Tottenham Hotspur disebut "North London derby" dan merupakan salah satu derby terpanas di London.

Kejayaan Arsenal di Liga Perdana English diawali oleh pelatih Herbert Chapman yang melatih pada tahun 1925-35 dan berhasil menjuarai beberapa perlawanan domestik Inggris (Piala FA, pendahulu Liga Utama, dan Charity Shield) sekaligus mendominasinya dan menjadikan Arsenal sebagai kekuatan paling dominan di Inggris saat itu. Pada tahun 1940an-1960an, Arsenal hanya dapat menambah sedikit koleksi kejayaan.Namun,pada awal 1970an, Arsenal menunjukkanl prestasi terbaiknya di Eropah dengan pertama kali yang memenangi pada musim 1969-70, Fairs Cup (piala yg awal dari Piala UEFA). Arsenal menjadi juara untuk pertama kalinya dan sekaligus terakhir bagi Fairs Cup (Fairs Cup diganti Piala UEFA sejak musim 1971-72) setelah berhasil mengalahkan kelab R.S.C Anderlect dengan agregat 4-3 (dengan sistem home and away). Saat itu, kelab ini dilatih oleh Berte Mee. Sepanjang tahun 1980an, Arsenal berhasil menambah koleksi Arsenal dengan beberapa gelaran, tapi tidak dapat gelaran dari pertandingan Eropah.

Arsenal Di Era 1990- Sekarang

Pada tahun 1991, Arsenal menjadi juara bersama dengan Tottenham di Community Shield setelah kedudukan seri 0-0 (saat itu, jika kedudukan seri maka kedua-dua kelab dianggap juara) . Namun pada musim 1993-94,Arsenal akhirnya hilang segala gelaran ditangan pelatih George Agraham, Arsenal kembali menjadi juara di peringkat Eropah(Piala Winners)setelah mengalahkan kelab Parma FC dengan skor 1-0. Pada musim berikutnya, Arsenal kembali berhasil ke final di piala yang sama, tapi kali ini mereka dikalahkan oleh Real Zaragoza dengan skor 2-1.

Kedatangan pelatih Arsene Wenger ke Arsenal pada tahun 1996 berhasil apabila Arsenal kembali berjaya menghancurkan dominasi Manchester United di Liga Utama Inggris pada saat itu. Arsenal juga berjaya menjadi runner-up di anjung Piala UEFA pada tahun 2000 setelah mengalahkan Galatasaray penerusi penalti 4-1 setelah kedudukan seri. Pada musim 2003-04 hingga awal musim 2004-05, Arsenal berhasil mencipta rekod 49 pertandingan tanpa kalah dan mematahkan rekod Notthingam Forest F.C (42 kali) yang merupakan rekod tanpa kalah terpanjang di dalam sejarah bola sepak Inggris. Pada musim 2005-06, Arsenal kembali menjadi finalis Champion League setelah dikalahkan Barcelona FC 2-1 di Stade De France, Paris.

Pada masa Arsenal di bawah jurulatih Arsene Wenger(hingga kini),Arsenal telah melonjak naik menjadi salah satu kelab dalam Liga Inggeris yang digeruni.Malah pemain-pemain Arsenal juga telah mula dikenali ramai berdasarkan bakat-bakat yang terpendam dan peningkatan dalam corak dan skill bermain.


ckp2 : minat bolasepak sebab mahu jadikan ia sbgai kareer dlm pekerjaan ku nnt.InsyaAllah.

ckp2 lg : abg,adek dan aq meminati kelab Arsenal.

ckp2 lg dan lg : nnt kite sembang pasal yang lain pula dan semestinya...sembang Arsenal FC..sengihnampakgigi

Monday, September 7, 2009

Nur Kasih~

Salam Mesra Alam..peluk


Ta mau cakap pape dah...saja-saja je ni~


http://www.intro2u.net/new/wp-content/uploads/2009/08/nur-kasih.jpg







Nur Kasih-Yasin


Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasihNur kasih
Oh nur kasihNur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pastiJanji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih



ckp2 : Merasakan hidupku ini semakin berubah melalui drama ini~thx..
doa

Friday, August 7, 2009

SyURga CinTa

Salam mesra alam...peluk



Sudah berlumut agaknya blog saya ini tidak diupdate-update...dan kali ini saya datang
dengan menyarankan sesuatu kepada sesiapa yang masih lagi tidak menonton cerita ini..
iaitu cerita yang berjudul 'Syurga Cinta'...
here some info for u all...







Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Awal Ashaari (Irham), Heliza Helmi (Syuhadah), Hadziq (Ikmal), Hisham Ahmad Tajuddin (Datuk), Mustafa Kamal (Tan Sri Zakaria) dan Dian P.Ramlee (Pn. Sri Mahani).







Sinopsis:

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya
tidak ubah seperti orang barat.


:mHurm:

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
:cinonet_22:

Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang Muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
:minimo_40:

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan 'misi'nya. Melihat 'ketulusan' Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.
:kiss:

Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai
orang Islam seperti mendirikan solat.

:mGelak:

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma "suka-suka" dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
:puteh_21:

Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku??
:what:

Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA....



ckp2 : carilah cinta yang kekal iaitu cinta yang t'bentuk dari mata, jatuh ke hati dan diredhai dengan perkahwinan...dan bukanlah cinta dari syaitan dan cinta dari jin..Insyaallah ketemu syurga cinta~doa

ckp2 lg : Cerita ini sedikit sebanyak memberi inspirasi untuk sesapa sahaja yang sedang bercinta mahupun yang masih mencari cinta yerk..gatai

potpetpotpet : 'Jika seseorang yang pernah kamu sayangi telah pergi,janganlah terlalu bersedih..terimalah kenyataan itu sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu..'senyum

Tuesday, July 7, 2009

Republik – Hanya Ingin Kau Tahu



Salam mesra alam....peluk

sini ade 1 lagu utk dikunsi dengar bersama-sama...atas tu video dia...sapa-sape yang internet di kawasannya laju lila vaveng..bole la dengar dengan beralun-alun tanpa sekata
n...peace


~Ni lirik dia...jom nyanyik sama-sama...
and 1...and 2.....and 3.....menari *start nyanyi*

Republik – Hanya Ingin Kau Tahu

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo


ckp2: ades3adus...ttbe sentap lak dgr lgu ni...nangih ..aisyy~~

ckp2 lg: wlopon kadang2 ade sdikit kengantokan dgr lgu ningantuk...tp layannnn je lamenari...hik3

potpetpotpet: kalo kita syg ssorg..lepaskn lah dia.,dan pabila dia dtg ketemu kita smula.,itu lah sbnrnya 'cinta' yg kekal selama-lamanyaaa.....love

Sunday, July 5, 2009

KaRom oH CarrOm..

Salam mesra alam...peluk

Sepertimana yg kita mengetahui.,permainan karom memang amat-amat-ahmad
menyeronokan bagi orang-orang yang reti main malah yang tidak reti main akan hilang keseronokan bermain karom apabila kalah di peringkat final.tepuktangan

Permainan ini juga mempunyai pelbagai nama-nama lain di seluruh dunia iaitu carrum, couronne, carum, karamhah, karum, dan sesetengah dari India atau Nepal membunyikannya sebagai biliard jari (hapekah..??).garupale

Tapi tidak mengapa.,walaupun kadang-kadang nama itu pelik bagi kita,
tapi ia tidak semestinya pelik secara keseluruhannya,kerna yg pelik itu datang dari kita la juga dan yang tidak pelik itu datang arah yang bertentangan...hehe..sengihnampakgigi

Gambar di atas adalah bukan sekadar hiasan tetapi gambar tersebut
telah menunjukan kepada kita bahwa permainan karom ini amat digemari oleh saya dan beberapa lagi rakan taulan saya yang lain-lainnya..peace

Ini juga menunjukan semangat perpaduan dan integriti di antara KAMI berdua,kerna apa..??kerna apabila salah seorang dari kami dikala bermain permainan berprestij ini, si pemenang(biasanya saya) akan mengutuk 'kaw-kaw' punya empunya diri yang kalah tadi..gile tetapi harus diingat..!takbole aksi kutuk-mengutuk ini hanya boleh diperaktikelkan kepada kawan-kawan
rapat dan sempoi sahaja yaa..jelir

Di samping itu.,permainan ini juga dapat memupuk semangat persahabatan
yang meninggi antara kedua-dua pemain kerana mereka saling erinteraksi sepanjang permainan.,sebab itu la permainan karom ini
digemari oleh orang-orang yang suka kan pergaulan seperti
saya dan rakan saya di atas itu laa...sengihnampakgigi
sebab itu juga permainan seperti lompat jauh,lompat tinggi,
dan segala macam lompat lagi,kurang digemari rakyat masa kini,
hal ini kerana mereka tiada rakan selompat yang boleh duduk berbual
dan berinteraksi sesama mereka sepanjang game.,sedih
bahkan lagi memilukan lagi pabila
lompatan(contoh lompat jauh) yang dilakukan pelompat ter'landing'
di kawasan pasir yang amat tajam yang sehinggakan boleh menyebabkan
kulit kakinya tergelupas lalu membentuk cebisan daging
terkeluar dari kakinya..hah
dan menyelinap masuk lah penyakit seperti Influenza A ke dalam kakinya...
amat kasihan bukan.??sedih

Jadi,saya ingin katakan di sini bahawa jauhilah sukan yang boleh memudaratkan,bukan sahaja memudaratkan kaki,tetapi juga seluruh anggota badan..
katakan lah taknak pada sukan-sukan berkenaan..takbole jadi,majulah sukan karom demi persahabatan yang akrab lagi memesrakan..


ckp2: saya tulis ini kerana saya rindu rakan saya yang ada dalam pic di atas tu senanye...sengihnampakgigi
ckp2 lg: gambar di atas berlokasi di kolej matrikulasi kedah di mana di citu ada 2 papan karom yang selalunya sahaja muka kami berdua menjentik buah karom tersebut..peace
ckp2 lg laa: sukan karom adalah satu-satunya sukan yang guna 4 lubang goal...(betolkah ni??aroundbedal....haha)


Friday, July 3, 2009

TANDA-TANDA KORANG OBSES DENGAN BUAH DURIAN

Korang memang pencinta durian sejati yang tak syak-sesyaksyaknya lagi..untuk makluman lanjut sila lanjutkan bacaan korang kat bawah ni hah….

  • mencari bakal mak pak mentua yang ada kebun durian berekar-ekar.
  • boleh kenal semua jenis-jenis durian beserta grednya skali di seluruh dunia.
  • menyukai semua jenis makanan yang berasaskan durian
  • mampu perabis berbakol-bakul durian sekali hadap.
  • masa musim durian barulah nampak batang hidung jumpa mak pak kat kampung.
  • lagu ‘durian dah berbunga’ nyanyian Os merupakan lagu feveret.
  • buah durian belanda disukai secara tidak rasmi hanya sebab namanya berpangkal durian.
  • takde siapa boleh tipu kalau nak bercerita pasal durian.
  • kerap memenangi tempat pertama dalam acara ‘mari makan durian cepat.!’
  • mempunyai band sendiri yang dinamakan DURIAN.
  • menjadi pokok wajib ditanam walaupun tinggal di rumah flat atau teres taman perumahan.

Cakap2:semua sifat di atas ada dlm diriku…..
Cakap2 lg:mungkin penggemar durian tegar juga bau kentutnya durian..mungkin………
Cakap2 lg la:durian dlm loghat mlk, durian=deeyan (tingat kt dak Dee la plak..ha3)