.:Pencerita-Pencereka:.

Friday, January 29, 2010

.:Berita Mingguan:.


Salam Mesra Alampeluk


Seperti biasa.hari ini hari rabu.

hari yang kurang kebiziannya berbanding dengan hari2 yang lain.

tapi pagi tadi abes sudah 1 paper mid term.

lantas menekan keyboard untuk mengepost entry ini.

matahari pon seakan-akan gembira jika exam dah abes.tumbuh-tumbuhan juga begitu.

sinaran matahari yang memancar terik ke daun-daunan pokok memberikan mereka santapan breakfast yang cukup.

Minggu ni bizi ngn sukem jek.penatnye macam makan kefsi sorang2 satu bucket.

mata masih mengantuk tetapi masih malas mahu tido.

nak tengok muvie dulu yang telah lama terpendam.

komik ujang dan komik2 lain masih berkeadaan selamat dalam bungkusan plastik.

bila da abes exam.terasa busan la pulak tak tahu nak wat ape.

sehinggakan t'kemas bilik sebentar tadi.

see…seee…..kadang2 buhsan yang melampau dapat mendisiplinkan diri.ehehe..

papepon,dijangka bosan ini akan berakhir sehingga malam nanti.

lepas malam nanti boleh lah g enjoy..

mahu lepak kt kedai makan berbual2 sampai pagi.



---------- HepI Chinese New Year ----------


Ckp2 :berjaya juga update blog ni..adess~

Ckp2 lg :esok nak g mid..beli barang untuk raya..ngeh3

Potpetpotpet: ok…selamat bercuti untuk warga UKM..nasihat--> jangan main mercunn..!!


Tuesday, January 12, 2010

The Gunners


Salam Mesra Alam..
peluk

Kali ini saya ingin menceritakan minat saya yang semakin mendalam dalam sukan bola sepak.Dan semestinya setiap orang yang minat sukan akan menyokong at least 1@2 kelab di liga-liga antarabangsa.Ada yang minat Manchester,Chealsea,Liverpool Barcalona tetapi bagi saya,Arsenal adalah kelab yang paling terbaik sejak dari dulu lagi.Jom la kita kita ambil tahu sedikit sebanyak tentang kelab Arsenal ini untuk pengetahuan bersama~


Sejarah Penubuhan Arsenal FC

Arsenal ditubuhkan di daerah Woolwich, bahagian tenggara kota London pada 1886 dengan nama Dial Square, dan ia berganti nama tidak lama selepas itu menjadi Royal Arsenal. Tahun 1891 nama mereka diganti lagi menjadi Woolwich Arsenal. Pada tahun 1913, kelab ini berpindah ke wilayah utara, tempatnya di daerah Highbury dan membangunlah Stadium Highbury, yang menjadi markas baru mereka. Saat pindah lokasi itulah, nama depan kelab mereka, iaitu Woolwich dihapuskan sehingga hanya tinggal nama Arsenal sahaja. dan kini,Arsenal Football Club dikenali juga sebagai Arsenal atau The Gunners.

Selain itu kerana lokasi stadium Arsenal dekat dengan markas Tottenham Hotspurs, maka tak hairanlah jika pertandingan Arsenal vs Tottenham Hotspur disebut "North London derby" dan merupakan salah satu derby terpanas di London.

Kejayaan Arsenal di Liga Perdana English diawali oleh pelatih Herbert Chapman yang melatih pada tahun 1925-35 dan berhasil menjuarai beberapa perlawanan domestik Inggris (Piala FA, pendahulu Liga Utama, dan Charity Shield) sekaligus mendominasinya dan menjadikan Arsenal sebagai kekuatan paling dominan di Inggris saat itu. Pada tahun 1940an-1960an, Arsenal hanya dapat menambah sedikit koleksi kejayaan.Namun,pada awal 1970an, Arsenal menunjukkanl prestasi terbaiknya di Eropah dengan pertama kali yang memenangi pada musim 1969-70, Fairs Cup (piala yg awal dari Piala UEFA). Arsenal menjadi juara untuk pertama kalinya dan sekaligus terakhir bagi Fairs Cup (Fairs Cup diganti Piala UEFA sejak musim 1971-72) setelah berhasil mengalahkan kelab R.S.C Anderlect dengan agregat 4-3 (dengan sistem home and away). Saat itu, kelab ini dilatih oleh Berte Mee. Sepanjang tahun 1980an, Arsenal berhasil menambah koleksi Arsenal dengan beberapa gelaran, tapi tidak dapat gelaran dari pertandingan Eropah.

Arsenal Di Era 1990- Sekarang

Pada tahun 1991, Arsenal menjadi juara bersama dengan Tottenham di Community Shield setelah kedudukan seri 0-0 (saat itu, jika kedudukan seri maka kedua-dua kelab dianggap juara) . Namun pada musim 1993-94,Arsenal akhirnya hilang segala gelaran ditangan pelatih George Agraham, Arsenal kembali menjadi juara di peringkat Eropah(Piala Winners)setelah mengalahkan kelab Parma FC dengan skor 1-0. Pada musim berikutnya, Arsenal kembali berhasil ke final di piala yang sama, tapi kali ini mereka dikalahkan oleh Real Zaragoza dengan skor 2-1.

Kedatangan pelatih Arsene Wenger ke Arsenal pada tahun 1996 berhasil apabila Arsenal kembali berjaya menghancurkan dominasi Manchester United di Liga Utama Inggris pada saat itu. Arsenal juga berjaya menjadi runner-up di anjung Piala UEFA pada tahun 2000 setelah mengalahkan Galatasaray penerusi penalti 4-1 setelah kedudukan seri. Pada musim 2003-04 hingga awal musim 2004-05, Arsenal berhasil mencipta rekod 49 pertandingan tanpa kalah dan mematahkan rekod Notthingam Forest F.C (42 kali) yang merupakan rekod tanpa kalah terpanjang di dalam sejarah bola sepak Inggris. Pada musim 2005-06, Arsenal kembali menjadi finalis Champion League setelah dikalahkan Barcelona FC 2-1 di Stade De France, Paris.

Pada masa Arsenal di bawah jurulatih Arsene Wenger(hingga kini),Arsenal telah melonjak naik menjadi salah satu kelab dalam Liga Inggeris yang digeruni.Malah pemain-pemain Arsenal juga telah mula dikenali ramai berdasarkan bakat-bakat yang terpendam dan peningkatan dalam corak dan skill bermain.


ckp2 : minat bolasepak sebab mahu jadikan ia sbgai kareer dlm pekerjaan ku nnt.InsyaAllah.

ckp2 lg : abg,adek dan aq meminati kelab Arsenal.

ckp2 lg dan lg : nnt kite sembang pasal yang lain pula dan semestinya...sembang Arsenal FC..sengihnampakgigi