.:Pencerita-Pencereka:.

Saturday, June 25, 2011

Entry Hingus 2

salam mesra alam yaww~~

ihihik.ni entry sambungan yang pagi tadi je..

2008-2011


tahun 2008/2009 adalah tahun yang paling banyak pengalaman aq.time tu budak 'freshie' lagi di ukm ni.sengal-sengal ubi lagi la katakan.Kawan rapat adalah dua tiga kerat je.itupun sebab duduk satu blok.time tu kawan rapat aq Hamzah,Azri,Shai.Hamzah n aq memang kamceng giler tyme 1st year.tapi sejak dia bertanding then dapat jadi presiden PMUKM,kami da jarang contact,al maklumlah,dia amat bizi masa itu.so, kami rakan2 paham situasi dia.eeceh.


program 1st hamzah..>barisan urusetia.go hamzah goo!

masa dulu-dulu.time hujung minggu la paling best.kelas takde.bangun petang pun takpe.yang paling best.ade member ajak jalan-jalan KL.biasalah.aq kan dari kampung.mana la tahu sangat KL.huhu.pergi KL naik moto.rempit la apa lagi.time 1st year.aq bawak moto TXR 150@Panther aq di sini.sampai abes 1st year.ehehe.jalan-jalan je keje.syiokk tak ingat dunia..



lepak-lepak kat dusun UKM.takde ape-ape pun.ade sebuah rumah kayu dan pokok-pokok saje.buah entah kemane.



time ada kelas,aq la orang paling malas time dulu-dulu-dulu.bab ponteng kelas memang aq no.1,setakat nak dapatkan MC doktor demam seminggu pon aq boleh dapatkan.ekeke. tapi bila dipikir-pikirin sekarang,menyesal pon ada.yelah,gi kelas dapat jumpa kawan,borak-borak.sakat menyakat.samapi lecturer marah.haha.apa pon tak boleh~~



kawan time tu ramai sangat-sangat.masing-masing tinggal keseorangan di sini.yelah,time baru-baru masuk uni,ramai time tu single lagi,belum ketemui jodoh masing-masing la katakan.haha.kami semua berkawan.lelaki ke perempuan ke.semua same je.tak pilih kawan.janji masuk kepala.jadilah kami kawan untuk selamanya.kui3



duduk unibesiti ni takkan blaja je ye dak.so,aq pon juin lah aktiviti ko-ku kat kolej.kat UKM ni sukan antara kolej disebut SUKEM.masuk SUKEM.tendang sana-tendang sini.tetiba dapat la sekali medal Johan dalam sepak takraw.*tepuk-tepuk*






ok.last.time da final year neh.takde banyak yang mampu dilakukan.yeloh,nak capai pointer tinggi-tiggi.bila grade nanti.boleh la bangga-bangga sikit dengan pointer.ehehe.tapi ada gak la aktiviti aq buat.juin Pesta Konvo-38. memang syiokk. thanks semua yang terlibat.korang memang sahabat yang susah nak carik dah skang neh.



lastly,kawan pun da banyak.memang akan banyak la pic dalam entry ne kan3.ahaha.ni la aktiviti bebudak kosmate aq.dorang memang super duper cool.ajak je kemana saje. on on on on on ajaa....







ok.Alhamdulillah.rasanya itu saja untuk entry hingus ini.diharap kepada semua yang berada di sebalik takbir kejayaan ini.saya dengan rendah diri memohon maaf jika ada salah dan silap selama berkenalan dengan korang.terima kasih kepada ahli keluargaku, juga kepada semua tenga pengajar UKM,pihak pengurusan kolej dan fakulti dan kepada semua sahabat.terima kasih dan hanya tuhan yang akan membalas jasa kalian.InsyaAllah panjang umor semoga kita berjumpa lagi.babai dan Assalamualaikom~ =)

Friday, June 24, 2011

Entri Hingus 1

salam mesra alam yaww~~

entri ini diberi nama 'ENTRI HINGUS' kerana entri ini akan berbaur kesedihan yang amat.kepada yang mempunyai masalah mudah sentap atau melalak je kejenye.,anda dinasihatkan ketepi..!ketepi....!*usop wilca* haha.pengawasan kawan-kawan,rumite serta ibu bapa diperlukan kepada yang berumur bawah 16 tahun 8 bulan. pastikan juga tisu is available di setiap kocek seluar anda.sudah ikot peraturan tu semua? ok. teruskan senyum~~

________________________________________________


First of all.nak bagitahu korang yang mungkin tak tahu lagi.hari ini mungkin hari yang terakhir aq menetap di UKM neh.lepas neh,aq akan pergi ke next level yang dinamakan alam pekerjaan.huhu.

Tak ku sangka tarikh aq masuk 29 Jun 2008 tu macam kilat je berlalu.rase macam baru nak kenal-kenal member baru kat sini.rase macam baru je mak long tanye 'zaki..nko dapat offer dari unibesiti mane.??' dem.ermm.tapi itu la hakikat hidup.yang bermula pasti akan berakhir.terima dengan hati yang terbuka.

ni nak cerita ceritun sepanjang aq berada kat UKM neh.macam-macam aktibiti dapat aq buat,macam-macam orang dapat aq kenal,macam-macam pengalaman aq dapat untuk aplikasikan dalam hidup.

tapi.....disebabkan ade hal yang belum setel hari neh,terpaksa post pone dulu cerita ini ke entri akan datang.senyum dan terus senyumm.. malam karang la aq ceriteee..ahaha


senyum macam ni pun da cukup daaa..

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa 2011

salam mesra alam ~~

19 Jun 2011.
Hari yang mengingatkan kita pada seseorang.
Seseorang lelaki yang cukup kita kenali.
Kenali sejak lahir ke dunia ini.
Lelaki yang pernah bertungkus lumus membesarkan aku.
Lelaki yang pernah bekerja tak kira siang dan malam.
Lelaki yang hidupnya tak pernah membiarkan anaknya keseorangan.
Lelaki yang pernah menjadi tempat aku mengadu.
Lelaki yang selalu membelanjakan wangnya untuk aku peroleh ilmu.
Lelaki yang tak pernah menyesal lahirkan aku.
Lelaki yang sentiasa ingat setiap peristiwa pahit dan manis kesemua 10 orang anaknya.
Lelaki yang suka dan dukanya adalah ketika bersama anaknya.
Lelaki yang sering menangis pabila anaknya jauh dari mata.
Lelaki yang sedaya upaya memenuhi segala permintaan anaknya.
Lelaki yang kadang-kala mencintai anaknya lebih dari isterinya.
Lelaki yang sering menjagaku ketika aku terlantar demam.
Namun, kini lelaki itu sudah dimamah usia.
Rambut hitam kini bertukar putih.
Tetapi dia masih tak pernah alpa akan tanggungjawabnya.
Lelaki itulah yang bernama Ayah.
Dan jika anaknya berjaya,biarlah tangisan bapa itu menunjukkan kegembiraan yang tidak terkira.
Bukannya tangisan duka,akibat kau dah berjaya dan mula melupakannya.
Ucapan setinggi-tinggi TERIMA KASIH pada semua bapa@ayah@abah@papa@daddy di seluruh dunia.
#TERIMA KASIH YUSUF BIN IDRUS. Kerana dengan bersusah payah membesarkan aku selama ini.
i owed the time of my life to you. Happy Father's Day~ =)


sudah setahun aku gunakan pic ini sebagai desktop background.

Monday, June 13, 2011

damn sad story

salam mesra alam yawww~

Sung-bong Choi ialah seorang peserta Korea Got Talent. Beliau ditinggalkan di rumah anak yatim ketika berusia 3 tahun dan melarikan diri selepas dipukul. Beliau kemudian menjadi anak jalanan dan bergelandangan tidur ditandas dan bawah tangga. Sungguhpun begitu,apabila beliau dewasa sedikit beliau berjaya merubah hidup dan kini menjadi peserta Korean Got Talent. Nyanyian beliau buat hakim dan penonton menangis. Is he Korea's version of Paul Potts? Sila layanz~




p/s : tengok dari awal video ini sampai habis.korang menangis tak? huu~

Friday, June 3, 2011

berok-gah

Salam mesra alam yawww~ =)

Da lama tak menaip di blog neh.bila nak taip je,laptop hang la apa lah.bila nak taip je,kadang-kadang berlaku perkara yang tak diingini seperti nak ke toilet.jadi setelah semua perkara tersebut tidak berlaku pada masa ini,lebih baik lah aq menaip cepat-cepatan~

Nak cerita neh.baru-baru ini ,err..tak la baru sangat,semalam punya semalam,aq,muzammil dan fadli kebosanan.berpunca dari bosan yg mendalam itu,kami pon merancang sebuah trip ke sebuah bukit yg bernama Bukit Broga.Bukit Broga ini memang femes di Bangi n UKM neh.cakap je bukit ni sape yang tak pernah naik lagi kan..kacuali kami bertiga..hoho..aishh..orang lain semua dah jejak dah ke sana.tapi aq da nak habis belajar baru terhegeh-hegeh nak gi.(down kejap..) koh3..tapi tak pe,itu menunjukkan bahawa aq seorang student yg baek.tak suka jalan2,stadi senantiasa.dan tak amek port langsung nak panjat bukit spt kawan yang laen.(korang percaya je dah laa..) ekeke..dah3..ni ada la sedikit gambar diselitkan tanda kenang-kenangan sepanjang hayat~ =)



tgh sediakan sandwich utk sarapan d puncak bukit.rajin kan i? heee~



dah start panjat bukit.jalan punya jalan.tak sampai2 lg.cissss~



dah sampai puncak!ini lah pemandangan dari atas puncak bukit broga.



yeepii..yeepii..gembiraaa~~erm.yela.senanye pic neh aq nk t'jatuh.



teknik skodeng yg berkesan.see..mamil x perasan pon aq amek pic dia.



err...err...tetibe fadli nmpk tuff pulak dlm pic ini.tanpa diedit.



tgk ade pencahayaan dari matahari lg.ade mcm putera gunung ledang x? koh3



Alhamdulillah.akhirnya kaki ini terjejak juga atas puncak bukit broga.hoyeah~



ok.lepas je naik bukit.hilang semua bosan.sebab?sebab paginya panjat bukit.lepas balik je bilik.seharian suntuk kami tidur.koh.koh.koh..hilang bosan punya pasal,dapat penat.padan muka.ahaha.tapi tak pe..badan sehat! k..peace yaww~ =)