.:Pencerita-Pencereka:.

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa 2011

salam mesra alam ~~

19 Jun 2011.
Hari yang mengingatkan kita pada seseorang.
Seseorang lelaki yang cukup kita kenali.
Kenali sejak lahir ke dunia ini.
Lelaki yang pernah bertungkus lumus membesarkan aku.
Lelaki yang pernah bekerja tak kira siang dan malam.
Lelaki yang hidupnya tak pernah membiarkan anaknya keseorangan.
Lelaki yang pernah menjadi tempat aku mengadu.
Lelaki yang selalu membelanjakan wangnya untuk aku peroleh ilmu.
Lelaki yang tak pernah menyesal lahirkan aku.
Lelaki yang sentiasa ingat setiap peristiwa pahit dan manis kesemua 10 orang anaknya.
Lelaki yang suka dan dukanya adalah ketika bersama anaknya.
Lelaki yang sering menangis pabila anaknya jauh dari mata.
Lelaki yang sedaya upaya memenuhi segala permintaan anaknya.
Lelaki yang kadang-kala mencintai anaknya lebih dari isterinya.
Lelaki yang sering menjagaku ketika aku terlantar demam.
Namun, kini lelaki itu sudah dimamah usia.
Rambut hitam kini bertukar putih.
Tetapi dia masih tak pernah alpa akan tanggungjawabnya.
Lelaki itulah yang bernama Ayah.
Dan jika anaknya berjaya,biarlah tangisan bapa itu menunjukkan kegembiraan yang tidak terkira.
Bukannya tangisan duka,akibat kau dah berjaya dan mula melupakannya.
Ucapan setinggi-tinggi TERIMA KASIH pada semua bapa@ayah@abah@papa@daddy di seluruh dunia.
#TERIMA KASIH YUSUF BIN IDRUS. Kerana dengan bersusah payah membesarkan aku selama ini.
i owed the time of my life to you. Happy Father's Day~ =)


sudah setahun aku gunakan pic ini sebagai desktop background.

5 comments:

izansalleh® said...

happy father's day pak cik yusuf ;)

SoLy SoLicious said...

selamat hari bapak ^^

mizzbutterfly said...

sedih je baca...aku bangga ade kawan mcm ko..jarang lelaki nk show ape yg die rase dekat ayah die on public....aku kagum dgn kau..moga ayah ko sihat selalu... :) and ko terus jadi anak yg soleh ...

mya myshikin said...

leman, ada 3 laki dlm nih. mna 1 ayah kau ? heee. solamat hari bapak untuk leman.

Noor Fatin said...

selamat hari bapa utk bapa ko jugak leman. aku pn guna pic family sbb desktop background. sedap mata memandang. hehe